Soalan Kajian Luar untuk Calon Geografi STPM 2013
08 June, 2013 ★ 5:22 am │
Jawab Satu Soalan sahaja
Soalan 1
Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebuah kawasan yang bercerun. Berdasarkan kajian tersebut, tuliskan satu penulisan yang lengkap yang merangkumi perkara berikut;
(a) Bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian. (
b) Proses kegagalan cerun yang berlaku. (
c) Faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun. (
d) Kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia. (
e) Langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan yang dikaji. [50]
Soalan 2 Calon dikehendaki melakukan kajian luar di sebuah daerah/bandar/mukim yang sesuai. Berdasarkan kajian luar tersebut, tuliskan satu penulisan yang lengkap yang merangkumi perkara berikut;
(a) Taburan penduduk yang tinggal di kawasan yang anda kaji. (
b) Ciri demografi di kawasan berkenaan. (
c) Kaitan antara taburan dan ciri demografi dengan kegiatan ekonomi setempat. (
d) Impak negatif aktiviti ekonomi penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat. (
e) Langkah yang sesuai untuk mengurangkan impak negatif aktiviti ekonomi penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat.
OLDER POST | NEWER POST